Sahabat,untuk membina sebuah persahabatan terkadang mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Tetapi untuk memusnahkannya terkadang mengambil waktu tidak sampai sesaat pun.Untuk itu jujur dan ikhlas adalah kunci dalam setiap persahabatan.Insya'Allah
Sahabat,persahabatan yang telah terbina ibarat dua jambatan yang menghubungkan antara dua benuha,Jambatan itu akan terus kukuh jika ia sentiasa dibaiki oleh kedua-dua pihak..Insya'Allah
Sahabat,Bersahabatlah ibarat sepohon pokok, yang berakarkan KESETIAAN, berbatangkan KEIKHLASAN, berdahankan KEJUJURAN, berantingkan KESEFAHAMAN dan berdaunkan KASIH SAYANG.
Sahabat,Mengenalimu satu kesyukuran, bergurau denganmu satu kebahagiaan, menyakiti hatimu akan ku elakkan..satu permintaan dariku semoga persahabatan kita berpanjangan.
Sahabat,Persahabatan itu seperti mata dan tangan.Ketika tangan terluka mata menangis.Ketika mata menangis tanganlah yang menghapuskannya...dan orang mengenali benar sahabat-sahabatnya ialah pada waktu dia dalam keadaan susah.
Sahabat,Bergaullah dengan manusia sebaiknya,Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.
Sahabat,Apabila engakau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadi sahabat.
Sahabat,Terlalu sukar menjalinkan persahabatan kerana ia adalah pertautan hati,bukan pertautan fikiran,lebih-lebih lagi bukan perhubungan kebendaan semata.
salam..
BalasPadamNabi pernah pesan, "dekatkan diri dengan penjual minyak wangi kerana wanginya akan melekat kepada kita. jauhkan diri daripada pembuat besi kerana busuknya bisa melekat kepada kita."
*folo ur blog.
nana datang sini :)
BalasPadamsekamar Rindu~maka brsahabatlah dengan orang yg tidak hipokrit n suka berpura2
BalasPadammisz nana~welc0me.. (^_^)
BalasPadam