Selasa, 29 November 2011

alhamdullilah

syukur ke hadrat ilahi kerana dengan kurnianya dapat saya meluangkan masa untuk mencoret sedikit luahan hati di blog kesayangan saya ini. memang sudah lama saya tidak mencoretkan di sini disebabkan oleh kekangan masa dan assignment yang bertimbun-timbun..namun, dapat juga saya meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di sini. hujung minggu lalu, saya telah mengikuti latihan palapes iaitu pandu arah di bagan lalang, sepang, Selangor. pengalaman yang diperoleh sungguh menyeronokkan. penat memang penat tetapi memberi pengalaman yang bermakna bagi saya. walaupun kaki dah melecet, tapi semangat masih lagi membara. ramai yang sudah hampir kecundang untuk meneruskan pandu arah selama sehari setengah iaitu sejauh 20km, namun saya tetap bersemangat untuk menghabiskannya. alhamdullilah, berkat kekuatan dan dorongan dari kawan2 dalam sendikitku dapatku teruskan... Terima kasih Tuhan!!!