Selasa, 29 November 2011

alhamdullilah

syukur ke hadrat ilahi kerana dengan kurnianya dapat saya meluangkan masa untuk mencoret sedikit luahan hati di blog kesayangan saya ini. memang sudah lama saya tidak mencoretkan di sini disebabkan oleh kekangan masa dan assignment yang bertimbun-timbun..namun, dapat juga saya meluangkan masa untuk mencoretkan sesuatu di sini. hujung minggu lalu, saya telah mengikuti latihan palapes iaitu pandu arah di bagan lalang, sepang, Selangor. pengalaman yang diperoleh sungguh menyeronokkan. penat memang penat tetapi memberi pengalaman yang bermakna bagi saya. walaupun kaki dah melecet, tapi semangat masih lagi membara. ramai yang sudah hampir kecundang untuk meneruskan pandu arah selama sehari setengah iaitu sejauh 20km, namun saya tetap bersemangat untuk menghabiskannya. alhamdullilah, berkat kekuatan dan dorongan dari kawan2 dalam sendikitku dapatku teruskan... Terima kasih Tuhan!!!

Isnin, 23 Mei 2011

praktikal oh praktikal

hari ni telah masuk seminggu aku praktikal di RTM Kelantan fm.. Sepanjang seminggu ni,tak banyak tugas yang aku buat memandangkan kitaorang baru seminggu di sini. Kami telah didedahkan tentang persekitaran di Kelantan fm dan berkenalan dengan krew2 di sini.. Aku di sini bersama dengan pelajar Unimas seramai 3 orang menjadikan pelajar praktikal semuanya seramai 6 orang tidak termasuk dengan pelajar kejuruteraan elektrik. Kami telah dipcahkan kepada 2 kumpulan di mana aku bersama 2 orang budak UNIMAS, Lah dan Dayah dan minggu ni kitaorang diletakkan di bawah unit rancangan. manakala muni,anis dan seorang budak unimas, Nadia diletakkan di bilik berita. Tidak banyak kerja yang dibuat pada minggu ni cuma sekadar menaip promo, melihat cara rakaman iklan di bilik suntingan video,rakaman sketsa  Wok yoh,samad dan said oleh en.shaupi bin isa secara lebih dekat dan sebagainya. banyak lagi pengalaman baru yang bakal menanti kami selama 2 bulan ni..Diharap kami dapat menimba pengalaman yang bermakna di sini selama2 bulan ni..AMIN.